SiukFm adalah sebuah rangkaian radio online yang dimiliki oleh Siuk Network Entertainment & memainkan lagu tempatan orang2 Sabah walau bagaimana pun jika ada rakan seni dari luar Sabah yang mahukan lagu2 mereka berkumandang di SiukFm juga dialu- alukan.

Mula ditubuhkan pada awal 2012 oleh Bro Iskatambula @ Shahbudin Abdullah bersama rakan2 yang lain bagi merancakkan arena seni di negeri ini.
Sepanjang tempoh tersebut berbagai aktiviti telah dijalankan antaranya adalah Program Raya Di SiukFm, temubual bersama artis2, siri jelajah , pameran dan banyak lagi.

Semoga radio ini akan terus berkumandang demi bakat rakan2 seni dibawah bayu ini.